Dari meja Editor

Alhamdulilah, syukur ke hadrat Allah SWT, dengan izinnya laman web Paya Keladi Online ini dapat bertahan sehingga hari ini. Terima kasih kepada semua pengunjung, tanpa anda siapa lah kami.Tahun 2011 penuh dengan peristiwa dan coretan yang penuh suka duka. Pelbagai program telah berjalan dengan jayanya.Tahniah dan selamat bertugas di sekolah baru kepada Ustaz Mohd Noor Zawawi.Selamat datang juga diucapkan kepada guru-guru baru iaitu En. Basharuddin Ibrahim, Ustaz Ahmad Tarmizi A Bakar dan Pn. Juhaida Man.- webmaster.


Markah Peperiksaan Akhir Tahun 2011 untuk analisis headcount.

 
Web

Genap Setahun di SMKPK.


Alhamdulillah, dengan kehadiran tahun 2012 bermakna Cikgu Supian Paimin sudah setahun menerajui SMKPK. Walaupun setahun jagung, namun banyak perubahan telah dilakukan untuk melonjakkan SMKPK ke arah sekolah yang lebih cemerlang samada dibidang sahsiah, kurikulum dan kokurikulum. Tahniah. more
 
Facebook : Komuniti Keladian Muslim satu komuniti yang diwujudkan,terbuka kepada guru, pelajar dan bekas pelajar SMKPK yang sayangkan Islam dan ingin melihat fikrah Islami berkembang di SMKPK. Sebarkan kepada rakan-rakan yang lain.


Majlis Jamuan Makan dan Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum 2011



Pada 10 November 2011 telah berlangsung Majlis Jamuan Makan dan Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum 2011. Ia diadakan bagi menghargai komitmen dan jasabaik yang telah dilakukan para atlet sekolah yang turut megharumkan nama sekolah. Majlis telah dihadiri oleh para pentadbir, pasukan bola sepak, bola baling, olahraga, softball dan kadet bomba. Mohd Sharafi dan Norhidayah Azizan telah dinobatkan sebagai tokoh kokurikulum bagi tahun 2011. Semoga anugerah ini akan menigkatkan lagi motivasi pelajar dan guru agar berusaha lebih baik lagi pada tahun 2012......lagi.

 


Zulaikha, Anda Kebanggaan Kami (PMR
)


23 Dis.2011, Keputusan PMR 2011 telah mencatatkan satu lagi sejarah bagi SMKPK. Selain peratus pencapaian yang meningkat, kualiti beberapa subjek juga turut meningkat contohnya Sejarah dan bahasa Melayu. Tahniah diucapkan kepada:

ZULAIKHA BT ZAILANI = 9A
AQILAH BT AMIR RUDDIN = 8A
NURAKMAL LAILI BT MOHD A'SHRI = 8A
NOOR ANIRAZLINA BT ZAINUL FADZIRUDDIN = 8A MUHAMMAD HANIF BIN BAHADOM =7A
MUHAMMAD ZULHUSNI BIN SUBRI = 7A
NURUL ADILAH BT KAMARUDIN = 7A
NASUHA BT ABD GHANI = 6A
NOR SYAMILA BT MD SHAHIDUL ISLAM = 6A

Tahniah juga kepada semua guru yang telah berhempas pulas memastikan kejayaan anak didik masing-masing...lagi

Artikel 2011

Majlis Bacaan Yasin Perdana dan Solat Hajat.
Majlis Kenduri Korban Perdana 2011/1432
PIBG SMKPK prihatin kepada mereka yang susah.
Ramadan bulan penuh rahmat.
Cikgu Bukhari dan Ustazah Fadziyah bersara.
Gotong royong PIBG dengan Komuniti Kg.Lembah Raja
Larian 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia
Kejohanan Olahraga Tahunan kali ke 16.
Majlis Sambutan Hari Guru 2011.
Program Perkhemahan Unit Beruniform.
Majlis Penyerahan Netbook 1 Malaysia.
Program Jati Diri bersama Imam Muda Asraf
Program Pentauliahan Guru Penasihat Unit Beruniform
Keputusan SPM 2010 Cipta Sejarah Tersendiri.
Kursus Pengurusan Kepimpinan Kokurikulum

 

 

Blogger

Kebelakangan ini, sudah ramai pengguna internet berpindah ke arah penulisan blog. Saya juga terpanggil untuk menulis di blog yang sedikit sebanyak dapat berkongsi pengalaman saya sebagai seorang pendidik. Ia boleh dicapai di http://cikgujalil.smkpayakeladi.com/ . Kepada warga SMKPK yang teringin juga untuk mencari tapak blog, belajar menulis blog sila hubungi saya. Berikut adalah laman blog yang dihasilkan oleh guru-guru SMKPK setelah melalui 'Bengkel Penulisan Blog'.

http://ctrokieys.blogspot.com/
http://elwaz-sepetang.blogspot.com/
http://selamahbanjar.blogspot.com/
http://nadrie-sukan.blogspot.com/
http://mawarkristal.blogspot.com/
http://seriperdanacafe.blogspot.com/
http://pendidikanislampp.blogspot.com/
http://jamiljohari.blogspot.com/
http://smkpkvermikompos.blogspot.com/


Peserta Bengkel Penulisan Blog pada 25 dan
26 Oktober 2010



Bilangan pengunjung terkini.


Tel: 04-5753894,  
 

Fax: 04-5741850,
  

Emel: smkpkpea2058@gmail.com


 

 

 










Laman web ini sesuai dipapar menggunakan pelayar Internet Explorer 7 ke atas dan Mozilla Firefox 3.0. Hak Cipta Terpelihara © 2010 - SMK Paya Keladi, Kepala Batas.
Disclaimer