|
Dari meja Pentadbir
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b dan salam sejahtera
Bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah izin-Nya saya
berpeluang mencoret sepatah dua kata dalam laman web SMK PAYA KELADI ini.
Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada jawatankuasa yang terlibat dalam
pengurusan laman web sekolah ini kerana mampu memainkan peranan dengan
berkesan untuk menyebarkan maklumat kepada semua warga SMK Paya Keladi
.
Para pengunjung laman web sekalian, Ilmu amat penting dalam kehidupan
dunia dan akhirat. Dalam merentasi dan mengharungi dunia yang globalisasi
ini janganlah kita asyik alpa tanpa arah tujuan. Kehidupan akan lebih
manis dan ceria sekiranya ilmu dan kemahiran penuh di dada dapat dimanfaatkan
kepada semua makluk di dunia ini, jika kosong kehidupan ini tiada ertinya
seperti tanah gersang tiada penghuni.
Oleh itu kita perlu mendidik diri kita agar menerima perubahan demi kelangsungan
ilmu, demi memertabatkan ilmu, bahkan bersedia mencanai ilmu untuk menerima
perubahan dalam kehidupan kita. Akhir kata, setinggi-tinggi tahniah buat
warga SMK PAYA KELADI , pembina laman web ini serta jawatankuasa yang
sentiasa memberi komitmen yang tinggi dan saya sentiasa memberi sokongan
dan dorongan sepanjang saya berada di sini.
Sekian wassalam. Terima kasih.
Beliau dibantu oleh 3 orang Penolong Kanan, iaitu
P.Kanan Pentadbiran: En. Jaminkhiri B. Chek Embi
P.Kanan HEM : Pn. Hjh. Mardziah Bt. Zakaria
P.Kanan Kokurikulum : En.
Ab. Jalil Jaafar
|

En. Supian B. Paimin
( Pengetua )
|